AIR REBUSAN ANTI ‘PELAKOR’ PALING ‘MUJARAB’, INILAH RAHASIA WANITA JAMAN DULU TETAP CANTIK LUAR DAN DALAM. BIKIN SUAMI SUSAH BERPALING!!

Posted on

Kebanyakan wanita hari ini jarang yang amal minum air rebusan seperti ini, walaupun sudah tahu tentang khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.

Namun jika benar anda mahu jaga badan untuk Encik Abang Sayang, bolehlah jadikan minuman ini sebagai amalan…

1. REBUSAN SERAI & HALIA

Ambil 3 batang serai
4cm halia @ 2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air.
Tunggu suam diminum.
Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. REBUSAN SIREH

Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
Direbus dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan diminum.

Tambahan: boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.

Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.

Rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3 . REBUSAN SIREH & DAUN INAI

3 atau 5 helai daun sireh.
Segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.
Elok diamalkan selepas haid.

4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH & KUNYIT

2 / 3 batang serai diketuk
3cm halia (tua/muda) diketuk
2cm kunyit diketuk
Sedikit kulit kayu manis / bunga
Cengkih / bunga lawang
Daun pandan sehelai
Sedikit gula batu (boleh diganti madu jika suka)
Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja. Bagus untuk mewangikan tubuh badan wanita dalaman dan luaran.

Segala resepi dan ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Tidak disyorkan ambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.

Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *